
Pendaftaran kini dibuka!!
Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri anda untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang menarik!
Kami menggalakkan anda untuk membuat pendaftaran dan pembayaran secara online. Bayaran untuk pendaftaran adalah $30-$35 untuk setiap individu.
Ada dua kaedah pembayaran:
1. Online: $30.00 (Kami hanya menerima kad kredit, kat debit atau paypal)
2. Onsite: $35.00 (Kami hanya menerima wang tunai atau cek)
PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA 1hb Ogos, 2009.
Daftar di sini - http://www.misgonline.com/stc-usa/?page_id=32
Bayar secara online di sini - http://www.misgonline.com/stc-usa/?page_id=164
Jazakumullah khayran kathira

Welcome!
Alhamdulillah, MISG akhirnya berjaya melancarkan website freshman ini. Website ini bertujuan untuk memberikan sedikit panduan khususnya kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat nanti.
InsyaAllah website ini mengandungi serba-sedikit maklumat mengenai universiti-universiti yang mempunyai pelajar Malaysia yang ramai sebagai panduan kepada pelajar-pelajar baru dalam proses pemilihan universiti.
Website ini juga mempunyai beberapa panduan bermusafir dan juga tips penting bagi pelajar-pelajar bagi memudahkan urusan-urusan sebelum, ketika dan sesudah bermusafir ke bumi Amerika Syarikat.
Diharapkan dengan pelancaran website ini, pelajar-pelajar menemui sedikit kemudahan dalam menguruskan persiapan diri sama ada dari segi fizikal, intelektual, emosional, mahupun spiritual. Semoga segala urusan anda semua dimudahkan oleh Allah dan semuanya selamat perjalanan menempuhi alam universiti ini insyaAllah.