• Muktamar 2009
  • Tamrin Purdue 2009
  • STC Malaysia 2009
  • Tamrin OSU 2009
  • Tamrin Nuqaba PennState 08
  • STC 2008
  • Tamrin RIT 2008
  • ISR Stevens 08
  • Tamrin Nuqaba NU 2008
  • ISR UIUC 08
  • Muktamar 2007 Comic
  • Post Muktamar 2007

Who's Online

Now 1 guest online
MISG Online
Antara Budaya dan Tauhid PDF Print E-mail
Written by Ahmad Syafiq Ahmad Hazmi   
Sunday, 29 March 2009 19:07
bismillah..

Antara Budaya dan Tauhid

Bumi United States (US) ini diasaskan oleh pejuang-pejuang yang membela nasib diri masing-masing dari cengkaman pemerintahan yang zalim. Sejarah sudah terukir bahawa nation ini ditegakkan atas beberapa prinsip dan kebijaksaan mereka telah membawa negara ini jauh ke depan hari ini. Sejak kejadian sembilan-sebelas, beberapa respond telah kita rasai di sini. Kajian demi kajian telah menunjukkan konspirasi ini (izinkan saya anggap ia sebagai konspirasi) sebaliknya telah membuka mata hati rakyat negara ini kepada ajaran Islam.

US ini dahulunya tidak memahami kalimah syahadah telah menjadi tempat berkembang ilmu-ilmu Islam pada hari ini. Bukankah US ini diasaskan oleh non-Muslim? Mari lihat apa yang Allah katakan:

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya." [5:54].

Sesungguhnya Islam bukanlah dari konsep 'agama' yang sebahagian dari kita fahami hari ini. Ia bukan barangan yg boleh dibeli di walmart, dibuang setelah digunakan dan dicari semula apabila perlu. Ia bukan diwarisi oleh anak daripada ayahnya, dan ia bukan satu budaya baru yang memperkayakan budaya dunia hari ini semata-mata. Ia merupakan tinggalan permata baginda Rasulullah kepada alam ini semenjak kembalinya baginda kepada pencipta kita semua. kalimah "La ilaha illa Allah, Muhammadun rasulullah" merupakan satu rahmat yang tidak terhingga dari Allah kepada seluruh alam.

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." [21:107]

Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah bukanlah ajaran baru. Ia merupakan penutup rantaian yang dibawa oleh para Anbiya yang tidak berputus asa menarik umat manusia dari jurang api neraka. Seharusnya kita rasa bersyukur dengan nikmat Islam yang kita ada pada hari ini.

Semenjak Islam datang, ia tidak pernah menghapus budaya sesuatu kaum. Islam hanya menolak perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah. Mana-mana budaya yang selari dengan Islam dikekalkan. Islam menekankan arah tujuan sebenar kita berada di dunia ini. Perkara yang dibolehkan di dalam Islam telah jelas dan perkara yang dilarang juga telah terang. Sebarang perkara yang menggalakkan kepada perkara haram adalah haram tersendirinya.

Kadang-kala tindakan kita yang merendah-rendahkan Islam merupakan satu penghinaan terhadap Allah swt dan Rasulullah. Baik kita pemimpin atau pengikut, kedua-duanya bakal dipersoalkan oleh Allah kelak. Kita selalu melebih-lebihkan perkara lain dan meletakkan Islam sebagai perkara akhir dalam keutamaan membuat keputusan. Kita mementingkan keseronokan dan mahu dilihat sebagai tidak rigid atau mahu dikenali sebagai Muslim yang so-called 'sederhana'. Malah ada juga yang mengetepikan prinsip Islam semata-mata mahu mengikut trend terkini yang kononnya bertamadun/moden. Itu fitrah manusia. Abu Lahab yang menentang mesej Islam kerana merasa dirinya moden dan tidak perlu ikut kata Maha Pencipta. Kita semua tahu apa kesudahan dia seperti yang dirakamkan dalam surah al-Lahab. Tanyalah diri masing-masing, wajar atau tidak ia berlaku dalam diri Muslim?

Beza utama Islam dan agama lain adalah dari segi spiritual. Kita buat semua perkara kerana Allah semata-mata tetapi mereka yang lain membuat sesuatu perkara kerana manusia lain atau hawa nafs. Janganlah disebabkan kita terlalu mengejar hubungan dengan manusia (hablun minannas) sehingga hilang pertimbangan dan melupakan hubungan dengan Allah (hablun minallah). Kedua-duanya perlu kita jaga rapi. Fahamilah bahawa aspek Islam bukanlah setakat mendirikan solat, membayar zakat tapi ia perlu juga merangkumi kehidupan seharian.

Seorang tokoh yang pernah bertugas di tanah jajahan Mesir dan Sudan telah mengatakan:

"British bersedia memberikan kemerdekaan kepada semua tanah jajahannya, apabila wujudnya satu generasi intelektual yang telah diserapkan dengan budaya barat .., tetapi mereka tidak akan mengizinkan sama sekali tertubuhnya khalifah walau pun satu saat." [Lord Cromer]

Kemerdekaan telah lama dicapai di nusantara, tetapi bagaimana pula dengan corak pemikiran kita?  Berpandukan apa kita menilai sesuatu perkara? Adakah ianya al-Quran dan sunnah tinggalan Rasulullah? Atau ia merupakan acuan media massa (surat khabar, television, internet) yang belum pasti kesahihannya? Atau masih pemikiran yang bercampur-baur antara Islam dan anti-Islam?

Saya menyeru kepada semua pelajar Muslim supaya kembali kepada ajaran sebenar Islam. Tiada apa yang kita kejarkan di dunia ini melainkan ia tempat ujian dari Allah. Memetik kata khalifah kedua Muslim:

"Kita adalah kaum yang hina, kemudian Allah muliakan kita dengan Islam, barang siapa yang mencari kemuliaan selain dari apa yang Allah muliakan kita, maka Allah pasti menghina kita." [Umar Al Khattab]

Rasulullah telah diutus untuk membaiki akhlaq kita. Dan Deen yang diterima oleh Allah hanyalah Islam. Janganlah berani mengaku Muslim jika perkara yang membatalkan wudhu' pun kita belum fahami sepenuhnya lagi.

allahuallam,
Ahmad Syafiq,
Malaysian Islamic Study Group (MISG).
 
16th September - the darkest day of Sabra and Shatila PDF Print E-mail
Written by Imran Tuan Yaacob   
Tuesday, 15 September 2009 10:58

Muqaddimah

Palestin dan Al-Aqsa tidak dapat dipisahkan dari jiwa umat Islam walau dimana mereka berada. Dari ummah bumi suci Mekah dan Madinah, bumi kering kontang di Sahara, bumi hutan belantara di selatan Amerika, bumi beku di kutub selatan dan utara sehinggalah kita, ummah di bumi bertuah milik bersama, Malaysia.

Palestin adalah tanah suci ketiga umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Ia tempat bermulanya mikraj Rasulullah SAW ke Sidratul Muntaha bagi menerima perintah untuk melaksanakan ibadah paling utama kita yakni perintah menunaikan solah lima waktu. Bumi suci ini menempatkan Masjid Al-Aqsa, qiblat pertama umat Islam untuk selama lebih kurang 18 bulan seusai peristiwa yang menakjubkan di malam Israk dan Mikraj itu.

Palestin  adalah Bumi Anbia. Tidak ada walau seinci pun bumi lain yang terdapat di seluruh alam ini yang telah menerima kehadiran  lebih ramai para nabi dan rasul berbanding bumi suci ini. Palestin bumi muqaddas juga dikenali sebagai Ardh Ribath – bumi pertahanan jihad, di mana sesiapa sahaja yang tinggal di sini kerana Allah diibaratkan sebagai seorang yang sedang berjihad di jalan Allah.

Hanya terdapat 3 buah masjid sahaja yakni Masjid Haram di Mekah, Masjid Nabi di Madinah serta Masjid Al-Aqsa di Palestin yang dianjur sangat-sangat oleh Rasulullah SAW untuk setiap umat Islam menziarahinya.

Bersama Mekah dan Madinah, Palestin adalah nadi dan jantung umat Islam.

Namun bumi suci ini telah sekian lama berada di tangan penjajah. Bukan sebarang penjajah tetapi penjajah yang paling zalim yang pernah disaksikan oleh dunia moden. Dan bersama kedatangan penjajah zalim ini, bermulalah penderitaan yang berpanjangan kepada umat Palestin, berterusan sehingga ke saat ini.

 

Masihkah ada Palestin di hati Kita?

Adakah kita semakin kurang sensitif dengan apa yang berlaku di Palestin serta terhadap nasib pelarian-pelarian dari Palestin yang bertaburan di negara-negara jiran.  Kekejaman demi kekejaman telah dilakukan hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun malah telah menjangkau lebih 60 tahun jika diambil dari tarikh kelahiran negara haram Israel yang telah diistiharkan pada 14hb Mei 1948 itu.

Siri-siri kekejaman ini telah berlanjutan begitu lama sehinggakan masyarakat mungkin telah menjadi semakin lali terhadapnya dan menerimanya berita-berita demikian sebagai sesuatu yang biasa. Jika tersiar berita berkaitan Palestin, sebahagian anggota masyarakat mungkin akan membaca, mendengar atau menonton berkaitannya. Paling hebat pun, mungkin ada yang mengeluh dan mungkin mengutuk zionis. Namun dalam satu helaan nafas yang sama kebanyakkan anggota masyarakat  ini kemudiannya akan terus kembali kepada kegiatan hariannya.

Sewaktu serangan ganas rejim Israel terhadap Gaza di penghujung tahun 2008 lalu, seluruh dunia bangkit menyatakan bantahan.  Ceramah  demi ceramah dianjurkan. Kempen Selamatkan Gaza menjadi  antara agenda utama masyarakat Malaysia. Ribuan malah jutaan ringgit dikumpul bagi disalurkan ke Palestin.  Malah ada anggota masyarakat yang mencari-cari tempat untuk mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk dihantar berjihad ke Palestin.  

Kini keadaan kembali tenang!!!!???

Palestin kembali dilupakan. Dan Palestin terus menderita.

 

Kita ditipu untuk kesekian kalinya!!

Usai pengunduran tentera zionis dari Gaza maka isu Palestin semakin kurang dibicarakan. Sebahagian anggota masyarakat kita menyangka keadaan di Palestin telah menjadi semakin baik.  Itulah gambaran yang dapat kita simpulkan jika kita mengambil keadaan di mana semakin kurangnya perbicaraan berkaitan Palestin di kalangan masyarakat serta kurangnya berita-berita berkaitan Palestin yang disiarkan oleh media saban hari sebagai kayu pengukur.

Hakikatnya keadaan di Palestin tidak sekali-kali kembali menjadi lebih tenang selepas pengunduran tentera ganas zionis dari Gaza awal tahun ini. Pengunduran itu hanya mengembalikan Gaza dan Tebing Barat kepada keadaan sebelum serangan ganas Disember 2008.

Tiada apa yang berubah di Palestin!

Hakikatnya Gaza masih terus dikepong rejim zionis secara mutlak dari darat, laut dan udara sebagaimana  sebelum serangan. Kepungan yang melanjutkan bencana kemanusiaan.

Hakikatnya Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa  terus terkepung oleh Tembok Keselamatan yang telah memisahkan dari Tebing Barat sebagaimana sebelum serangan.

Hakikatnya tanah-tanah milik umat Islam terus dirampas dan mereka berterusan dihalau dari kampung halaman masing-masing yang akan kemudiannya dijadikan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi.

Hakikatnya umat Islam di Palestin serta saudara-saudara mereka yang telah menjadi pelarian dalam Negara sendiri atau di negara-negara jiran sejak puluhan tahun lalu terus dizalimi.

 

Dari mana sumber maklumat kita?

Turun naiknya perhatian umat Islam terhadap nasib saudara-saudara mereka di Palestin banyak dicorakkan oleh paparan-paparan berita yang mereka baca, dengar atau tonton setiap hari.

Selagi umat Islam masih mengharapkan berita  dan maklumat berkaitan Palestin dari sumber-sumber asing terutama dari agensi berita yang kita maklumi dikuasai oleh pihak yang menjadi musuh kepada perjuangan membebaskan Palestin itu sendiri, maka selama itulah kita akan kecewa. Kita tidak akan dibekalkan dengan maklumat yang menceritakan secara jujur apa yang telah , sedang mahu pun apa yang akan berlaku.

Sebagai mengambil satu contoh, berapa ramaikah diantara umat Islam di Malaysia ini yang maklum atau menyedari berkaitan satu peristiwa besar, tragis dan amat menyayat hati yang telah berlaku kepada umat Palestin dalam bulan September 1982?

Lebih tepat lagi, apakah yang telah berlaku kepada umat Islam Palestin pada tarikh 16hb September 1982?

 

16hb September Hari Bersejarah

16hb September 1963 adalah tarikh bersejarah, hari pembentukan Malaysia - Hari Malaysia.

Jika tarikh 16hb September  menjadi sumber kegembiraan rakyat Malaysia namun tarikh yang sama sekitar 20 tahun kemudiannya telah mencatatkan sejarah sebagai hari bermulanya peristiwa yang amat tragis dan menyayat hati yang berlaku ke atas  umat Islam Palestin khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

16hb September 1982 menyaksikan peristiwa pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila.

Untuk memudahkan ingatan kita, peristiwa ini telah dirakamkan dalam bentuk lagu puisi oleh Almarhum Zubir Ali untuk menjadi kenangan sepanjang zaman.

Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina

(Dendangan Zubir Ali)

 

Latarbelakang Peistiwa

Sabra dan Shatila

Sabra adalah nama sebuah penempatan  rakyat Lebanon di bahagian selatan Beirut Barat. Shatila pula adalah tempat perlindungan untuk pelarian Palestin.  Shatila adalah di bawah kelolalaan salah sebuah agensi Bangsa-Bangsa Bersatu yang khusus untuk pelarian Palestin, UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East). Kem pelarian Shatila telah ujud sejak tahun 1949 lagi kesan dari kempen keganasan yang dilaksanakan oleh zionis Israel selepas pembentukannya pada tahun 1948. Menjelang 1949 lebih dari 100,000 pelarian Palestin berada di Lebanon termasuk di Shatila.

Sabra dan Shatila berjiranan.

Terdapat   interaksi yang rapat antara penduduk di kedua-dua kawasan penempatan miskin ini. Secara tidak rasmi kedua-dua kejiranan itu akhirnya dikenali sebagai “Kem Sabra dan Shatila”.

 

Palestine Liberation Organisation (PLO)
PLO telah ditubuhkan pada tahun 1964. Ia sebenarnya adalah sebuah badan induk yang memayungi beberapa pertubuhan lain  termasuk Al-Fatah yang sebenarnya menguasai PLO. Al-Fatah (dan PLO) dibawah pimpinan Yasser Arafat . Kesemua pertubuhan ini bergabung untuk satu tujuan yakni untuk membebaskan keseluruhan bumi Palestin dari cengkaman zionis Israel.
Pada tahun 1969 dalam satu pertemuan di Kaherah Mesir. Perdana Menteri Lebanon telah memberi kebenaran kepada pihak PLO untuk menggunakan bumi Lebanon sebagai pengkalan operasinya menentang Israel. Kekuatan PLO di Lebanon bertambah dengan kemasukan ramai pejuang PLO yang telah diusir dari Jordan di awal 70’an.
Kehadiran ramai pejuang PLO di Lebanon bukan sahaja membawa masalah kepada Israel tetapi telah juga menimbulkan pertelingkahan dengan penduduk serta kumpulan militia tempatan termasuk pertentangan dengan kumpulan Phalangists yang didokong oleh pihak Kristian Maronite.
Dari selatan Lebanon, pejuang PLO melancarkan serangan secara berterusan terhadap negara haram Israel.

 

Serangan Israel terhadap Lebanon
Bagi menghentikan serangan terhadap Israel dari selatan Lebanon terutama dari pihak PLO, Israel telah melancarkan beberapa siri serangan.
Akhirnya pada pada 6hb Jun 1982, Israel telah melancarkan satu serangan besar-besaran terhadap Lebanon. Serangan ini didakwa Israel sebagai tindak balas terhadap satu percubaaan untuk membunuh dutanya di London dua hari sebelumnya.  Dianggarkan sekitar 60,00 orang tentera rejim haram Israel memasuki Lebanon walau pun telah menerima kecaman dari Majlis Keselamatan PBB.
Tujuan utama serangan ini adalah untuk menghapuskan PLO dari bumi Lebanon. Untuk mencapai tujuan ini pihak Israel telah dibantu oleh beberapa kumpulan Kristian tempatan termasuk pihak Phalangists.
Menjelang 18hb Jun, tentera Israel Berjaya mengepung pejuang PLO di bahagian barat Beirut. Bencana kemanusia yang besar dijangka akan berlaku terhadap pejuang PLO serta penduduk-penduduk setempat sekiranya Israel melancarkan serangan terakhir

 

Gencatan Senjata dan Pengkianatan
Kepungan berterusan. Dua bulan kemudian yakni dipertengan bulan Ogos 1982, atas perantaraan wakil kerajaan Amerika Syarikat, Philip Habib, satu gencatan senjata telah dipersetujui diantara Israel dan PLO.
Melalui “Habib Roadmap”, pejuang dan pegawai-pegawai PLO bersetuju untuk meletakkan senjata dan meninggalkan bumi Lebanon. Mereka juga dikehendaki menutup dan menghentikan semua operasi pejabat dan prasarana PLO. Proses pengunduran (atau lebih tepat lagi, pengusiran) ini dilaksanakan di bawah pengawasan pasukan tentera antarabangsa yang terdiri dari pasukan Itali, Perancis dan Amerika Syarikat. Pasukan ini dijadualkan untuk berada di lapangan selama 30 hari dari tarikh ketibaan mereka. Mereka juga bertanggung-jawab terhadap keselamatan penghuni kedua-dua kem tersebut termasuk keselamatan ahli keluarga pejuang yang ditinggalkan di Sabra dan Shatila. Di pihak Israel mereka berjanji untuk tidak meneruskan kemaraan ke Beirut.
Pengunduran yang bermula pada 24hb Ogos itu selesai sepenuhnya menjelang 1hb September 1982. Dua hari kemudian, tentera rejim zionis mula menempatkan tentera-tenteranya di sekeliling kedua-dua kem tersebut.
Tidak lama selepas itu, pasukan tentera antarabangsa mula meninggalkan kawasan tersebut, lebih awal dari yang dijanjikan!

 

Pembunuhan Beramai-ramai
Pada 11hb September 1982, Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel yang bertanggung-jawab terhadap serangan keatas Lebanon, mengistiharkan bahawa terdapat seramai 2,000 “pengganas” Palestin bersembunyi di kalangan pelarian di kemah-kemah pelarian sekitar Beirut. Pada hari Rabu 15hb September 1982 yakni sehari selepas pembunuhan bakal Presiden Lebanon yang menjadi sekutu Israel-Phalangists, Bashir Gemayil, tentera Israel mara dan memasuki Beirut Barat dan mengepung kem pelarian Sabra dan Shatila. Menjelang tengahari 15hb itu, seluruh penempatan terkepung oleh tentera dan kereta-kereta kebal Israel.  Mereka mendirikan pos-pos kawalan tentera di tempat-tempat strategik bagi memantau setiap pergerakan.
Pada petang yang sama, kedua-dua kem tersebut mula dibedil.
Pada tengahari Khamis 16hb September 1982, sepasukan sekitar 150 orang anggota  Phalangists, sekutu Israel, mula bergerak memasuki kem. Dengan disaksikan oleh dunia, untuk tempoh 40 jam berikutnya anggota-anggota militia Phalangist ini telah merogol, membunuh dan mencederakan begitu ramai orang awam yang tidak bersenjata. Kebanyakkan mangsa terdiri dari wanita, kanak-kanak serta orang-orang tua. Tiada jalan untuk melarikan diri kerana semua jalan keluar telah dikepong kukuh oleh tentera Israel.
Amukan anggota Phalangist berterusan hingga 18hb Sepetember 1982.
Jumlah angka korban adalah diantara 700 orang (angka rasmi pihak Israel) hingga 3500 orang. Laporan rasmi Palang Merah Antarabangsa pula menyebutkan angka 2,400.
Sehingga kini tiada sesiapa pun telah dihukum atas satu tindakan keganasan melampau yang tidak pernah terbayang akan dilakukan oleh manusia yang berakal, apatah lagi mendapat sokongan dan kerjasama sebuah kerajaan.

 

 

 

Penutup - Sikap Dunia
Dengan 4000 angka kematian sebagaimana yang dilaungkan akibat serangan 11 September, Amerika Syarikat telah melancarkan apa yang disebut sebagai kempen peperangan menentang keganasan. Melalui kempen ini mereka telah pun memusnahkan dua buah negara – Afghanistan dan Iraq. Kempen ini masih berterusan.
Bandingkan pula sikap Amerika Syarikat dan dunia terhadap pembunuhan 16hb September. Telah jelas bahawa yang terkorban adalah terdiri dari orang awam yang tidak bersenjata, wanita dan kanak-kanak yang lemah serta orang-orang tua yang tidak berdaya. Yang lebih dahsyat lagi mereka dibunuh semasa mereka sepatutnya mendapat perlindungan pasukan tentera antarabangsa melalui satu jaminan dan perjanjian yang ditaja oleh Amerika Syarikat. Namun akhirnya mereka dibunuh di sekitar rumah dan kawasan kediaman masing-masing.

Yang jelas penghuni Sabra dan Shatila telah dikianati, dikepung dan kemudian dibunuh.
Yang jelas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terus mempamirkan sikap baculnya sehingga ke saat ini. Yang lebih jelas, seluruh pemimpin negara-negara  umat Islam walau pun dengan keujudan OIC sejak 1969, terus tidak berdaya melindungi umat Islam dari keganasan walau di mana mereka berada terutama di Palestin.Dan dunia akan terus mengenang 11 September dan melupakan 16 September. Itu lebih mudah dan selamat!

Hj. Ridzuan Harun
Felo Kanan PACE
Pusat Kecemerlangan Palestin

 
Serangan Ke Atas Gereja & Penggunaan Kalimah Allah PDF Print E-mail
Written by Imran Tuan Yaacob   
Friday, 22 January 2010 04:30
Bismillah

Keputusan mahkamah rayuan di Malaysia mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Katholik melalui akhbar mingguan The Herald telah mendapat perhatian banyak pihak. Ramai yang telah memberikan ulasan mengenai isu ini termasuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Ada sesetengah pihak pula cuba mengambil kesempatan untuk menimbulkan suasana tidak aman dengan menyerang rumah-rumah ibadah. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini hanya akan menambahkan ketegangan hubungan antara agama di Malaysia. Oleh itu, isu ini perlu ditangani dengan segera dan sebaiknya kerana kita semua tidak mahu kestabilan yang kita capai ini tergugat dengan perkara yang cuba diapi-apikan oleh pihak-pihak tertentu.

Dalam menangani isu ini, MISG mengajak semua menilai semula beberapa perkara yang lebih pokok. Yang pertamanya ialah hubungan antara agama. Di Malaysia atau di mana-mana jua negara di dunia ini, kita tidak boleh lagi menafikan bahawa wujudnya agama selain daripada agama yang menjadi majoriti di sesebuah negara. Kewujudan lebih daripada satu agama ini bermakna wujudnya perbezaan kefahaman dan nilai dalam sesebuah negara itu. Oleh itu, pengikut agama-agama ini perlu berkomunikasi antara satu sama lain sewajarnya. Ini adalah bagi mewujudkan persefahaman antara satu sama lain terutamanya dalam melaksanakan ajaran agama masing-masing dan bagi menjaga keharmonian masyarakat setempat. Perkara ini adalah asas dalam mewujudkan perpaduan sesebuah negara.

Yang keduanya ialah hubungan sesama saudara seagama. Kita semua sedia maklum bahawa dalam Islam, wujud pelbagai kefahaman dalam mengamalkan Ibadah. Kewujudan perkara ini adalah merupakan hasil kepelbagaian cara kefahaman para ilmuan Islam terhadap nas-nas atau dalil-dalil yang sahih. Sebagai manusia biasa, para ilmuan ini juga tidak lari daripada perkara ini. Tetapi apakah tindakan kita dalam mengharmonikan kewujudan kepelbagaian kefahaman ini? Adakah kita mahu berkelahi sesama saudara kita, hanya semata-mata kerana mereka berbeza dalam memahami sesuatu perkara? Adakah perpecahan itu suatu yang dianjurkan oleh Islam? Kalau kita boleh duduk semeja berbincang dengan orang bukan Islam berkenaan perihal agama, adakah kita tidak boleh duduk bersama dengan saudara Islam kita untuk membincangkan perihal agama juga? Persoalan-persoalan ini harus kita sama-sama renungkan demi mewujudkan kesatuan dalam kalangan umat Islam sendiri.

Yang ketiganya ialah pemahaman dan perlaksanaan kita dalam beragama. Perkara utama yang Rasulullah tekankan semasa awal-awal dakwah dahulu ialah mengenai Aqidah. Adakah kita sudah benar-benar memahami mengenai Aqidah Islamiyyah? Kemudian, dalam mengukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah, turun perintah untuk kita beribadah. Adakah sah dan sempurna ibadah kita menurut sunnah Rasulullah? Sebenarnya, masih banyak lagi perkara yang kita ketinggalan, tapi kita tiada kesungguhan untuk mendalami Islam. Apa akan berlaku jika kita berterusan begini? Bagaimana dengan nasib generasi anak-anak kita akan datang? Sama-samalah kita muhasabah kembali dan bertindak sewajarnya insyaAllah.

Tiada siapa antara kita yang mahu melihat dunia ini kucar-kacir. Semuanya inginkan keamanan dan kesejahteraan. Tetapi realiti sekarang ini tidaklah sebegitu. Untuk kita berharap dan terus berharap dunia ini akan aman, tanpa kita berusaha sedikit pun, maka perkara ia hanya akan menjadi impian semata-mata. Oleh itu berubahlah, dan mulakan perubahan dengan diri sendiri.

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ
"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
Ar-Ra'd, 13:11


Allahu-'aleem.


Imran Tuan Yaacob
Presiden MISG 2010
Last Updated on Friday, 22 January 2010 04:33
 
Kuliah Online: The Impact We have on the World PDF Print E-mail
Written by Wan Khalil Wan Ahmad   
Monday, 09 November 2009 21:42


alt

Assalamualaikum warahmatullah semua,

Insyallah MISG akan menganjurkan Kuliah online kali kelima bagi tahun 2009. Maklumat kuliah adalah seperti berikut:

Tarikh : Sabtu - 14 November 2009
Masa: 9:30pm ET/ 8:30pm CT/ 10:30am Malaysia(15 November 2009)
Tajuk: Muslim Youth: The Impact we have on the World
Penyampai: Bro. Mus'ab Shaharom
Medium: Paltalk (Untuk tutorial, sila rujuk bawah)
Chat Room: Kuliah Net(Chat Room akan dibuka seawal jam 9.00pm ET)

Tutorial menyertai kuliah online menggunakan Paltalk:
1) Pilihan satu: muat turan dan install PaltalkScene.Pilihan dua(alternatif untuk pengguna Macitosh): Jika anda tidak mahu muat turun dan install, anda boleh mencuba alternatif lain dengan melayari laman web ini. (web-based application, memerlukan flash player)
2) Kemudian, create username dan login.
3) Setelah login, pergi ke tab “Actions” dan pilih “Join A Chat Room
4) Tetingkap baru akan terbuka, taip “Kuliah Net” di ruangan “Search Chat Rooms”.Tekan enter.
5) Apabila keluar “Kuliah Netdouble click untuk join.
6) Sit back relax and enjoy.

*Sebarang soalan sila kemukakan ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 Rakaman Kuliah Online siri-siri lalu boleh didapati di sini.

See you guys then, khoir insyaALLAH
Ke arah menghidupkan suasana Islami.
 
Fasting Ramadan (The Ideal Muslim Society) PDF Print E-mail
Written by Ahmad Syafiq   
Sunday, 23 August 2009 04:27
bismillah..

(petikan "The Ideal Muslim Society" oleh Dr Muhammad Ali Al-Hashimi)

Fasting Ramadan


This is the third pillar of Islam. The Muslim society rejoices at the onset of Ramadan and pays special attention to this month, the effect of which can be clearly seen in the streets, houses and mosques. The fasting people recognize the right that the fast has over them, so they control their tongues, their gaze and their limbs and avoid engaging in any wrongdoing that may undermine their fasting or invalidate their deeds, thereby following the teachings that they hear in the mosque based on the words of the Prophet saw who said:

"If it is a day when any one of you is fasting, let him not utter obscene speech or raise his voice in anger. If someone reviles him or tries to fight him, let him say, 'I am fasting'." (Bukhari and Muslim)

And he (saw) also said:

"Whoever does not give up false speech and acting upon it, Allah has no need of his giving up his food and drink." (Bukhari)

Most of the Muslims in the Muslim society strive to make the most of their time during this blessed month, filling it with righteous deeds. So their days are filled with fasting, prayer, reciting the Qur'an, glorifying Allah, giving charity and other righteous deeds, and their nights are filled with qiyam (night prayers), tahajjud and du'a; following the example of the Prophet saw who used to strive of Ramadan as he did not do at other times, as stated in the hadith narrated by Muslim from Aishah raw. They seek the great reward that Allah has prepared for those who fast and pray qiyam, as the Messenger saw told us when he said:

"Whoever prays qiyam during Ramadan out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven." (Bukhari and Muslim)

The Muslims in the Muslim society that is guided by the Qur'an and Sunnah understand that Ramadan is the month of sincere worship, in which there is no room for the serious Muslim to spend time in idle pursuits and staying up late at night wasting their time, until when dawn approaches they eat few mouthfuls then go to bed, falling into a deep sleep and not waking up for Fajr.

The Muslims in a rightly-guided Muslim society come back from Taraweeh prayers and they do not stay up for long, because they are going to get up after a few hours to pray qiyam and eat suhoor (pre-dawn meal), then they will go to the mosque to pray Fajr. Suhoor is an essential part of Ramadan in the Muslim society, following the command of the Prophet saw who said,

"Eat suhoor, for in suhoor there is barakah (blessing)" (Bukhari and Muslim)

And because there is a great deal of goodness in it.

That is because getting up for suhoor reminds us to pray qiyam al-layl, and it gives people energy to go to the mosques to offer Fajr prayer in congregation. This is in addition to the fact that it gives the body strength to fast. This is what the Messenger of Allah (saw) used to do and what he trained his Companions to do in the first Muslim society. It was narrated that Zayd ibn Thabit raw said:

"We ate suhoor with the Messenger of Allah, then we got up to pray. He was asked, 'How much time was there between them?' He said, '(The time it takes to recite) fifty verses'." (Bukhari and Muslim)

Ramadan is regarded as sacred and holy in a Muslim society, and the state ensures that this sanctity is not violated. Public breaking of the fast is not allowed, nor does the state tolerate any violation of the sanctity of this month, no matter what form it takes. The state punishes those who transgress proper Islamic etiquette during this month, and adopts measures to make the mosques look bright and attractive so that people are motivated to come to the mosques and to obey and worship Allah, and are guided aright. This is achieved by paying attention to Friday khutbahs and lessons and speeches, so that no one ascends the minbar but leaders, scholars and khateebs who are articulate and well-spoken, well-versed in the rulings of shariah and known for their sincerity, righteousness and piety in word and deed.

The Muslims spend Ramadan in this pure and bright atmosphere in the Muslim society; this is a healthy and clean environment which facilitates worship and makes the individual feel that he is living in a society that truly submits to Allah.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Page 1 of 7