
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Muslim Islamic Student Group atau lebih dikenali sebagai MISG, bersama-sama Indonesia Muslim Society in America (IMSA) berganding bahu menganjurkan program Muktamar bagi tahun 2011. Program yang menjadi salah satu aktiviti tahunan MISG ini diadakan pada setiap penghujung tahun di tempat yang berbeza-beza. Tahun ini, Las Vegas menjadi lokasi pilihan majoriti sebagai lokasi Muktamar 2011.
Muktamar kali ini diwujudkan bagi memenuhi tuntutan Allah di dalam surah Al-Taubah ayat 122 yang menyeru kita sebagai hambaNya untuk menuntut ilmu.
“Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalamkan pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya.”
Program Muktamar yang berlangsung selama 5 hari ini bakal diisi dengan perlbagai program ilmiah seperti Yaumunnisa, Madrasah and Youth Program dan perkongsian ilmu dari penceramah-penceramah yang berpengalaman dan disegani sama ada di Malaysia, Indonesia mahupun di United States sendiri.
Muktamar bukan sahaja menggabungkan dua organisasi dari dua buah negara (MISG dan IMSA), malah turut menjadi medium bagi mengeratkan ukhwah persaudaraan sesama muslim sama ada ukhuwah sesama pelajar Malaysia, sesama warga Indonesia mahupun ukhuwah antara warga Malaysia dan warga Indonesia di United States. Ini selari dengan firman Allah SWT:
“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti. (Al-Hujurat: 13)
Allah turut berfirman di dalam surah Al-Baqarah, ayat 30:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat. “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan mnyucikan namaMu? “Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.”
Sungguh, Allah menjadikan manusia ini sebagai khalifah yang diamanahkan untuk menjaga keamanan dan kententeraman bumi dari amalan-amalan thaghut dengan menyebar-luaskan agamaNya. Justeru, program ilmiah seperti Muktamar ini dianjurkan bagi melahirkan individu muslim yang memahami al-Quran dan Sunnah serta mewujudkan generasi yang sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi zaman yang tamadun islamnya kian runcing.
Bertepatan dengan objektif muktamar, “LEVERAGING OUR BEST ABILITY TO BEST SERVE HUMANITY” menjadi tema muktamar kali ini dengan harapan, muktamar kali ini akan menghasilkan daie yang lebih produktif dalam menyebarkan islam kepada masyarakat sekeliling. InsyaAllah.
“Leveraging Our Ability to Best Serve Humanity”
Tempat:
Renaissance Las Vegas Hotel
http://www.renaissancelasvegas.com/
3400 Paradise Road, Las Vegas, NV 89169




Tarikh:
23-27 Disember 2011
Jadi jangan ketinggalan! InsyaAllah, mari kita memperbaik diri dengan menyertai Muktamar tahun ini